Monday, 15 October 2012

Way to The Quran

Bismillahirrahmanirrahim.

       Ini adalah kali pertama saya berkongsi di blog yang menggunakan nama rasmi saya sendiri. Sebelum ini saya menyarung nama Adi Husni sebagai nama pena untuk nukilan sajak-sajak saya. Kenal dengan Adi Husni?? Lihat Sini. Bak kata bidalan, tak kenal maka tak cinta. Nah, kalau nak kenal sehingga cinta, taip saja 'Muhammad Marsaid Bin Kardi' di ruang carian muka buku.

Cukuplah taaruf ringkas sebagai mukaddimah, kita berkenalan di muka buku sahaja ya? 


***
Gambar depan: biru muda dengan petikan surah al-A'laq (Iqra')


        Baik, entri pertama ialah perkongsian tentang buku yang bertajuk "Way to The Quran" atau "Jalan Menuju al-Quran" dalam bahasa ibunda saya. Buku ini dikarang oleh Khurram Murad dan salinan keras yang ada pada saya dibidankan oleh The Islamic Foundation. Sebagai muslim,daie (kerana setiap muslim itu daie),pelajar dan pemuda, saya berasa terpanggil untuk menghadam bahan fikir yang Islami dalam bahasa  Inggeris. Siapa tahu, suatu masa kelak tibanya waktu saya untuk menerangkan kalam Allah kepada yang bukan berlidah Malaysia. Pada waktu itu, saya tidak mampu menerangkan dengan Yes/No sahaja!

         Terdapat 7 bab kesemuanya termasuk dua bab tambahan. Satu bab untuk bacaan-bacaan yang sering dibaca baginda Rasulullah SAW ketika solat dan waktu-waktu tertentu sementara bab yang lain ialah silibus pengajian al-Quran yang dicadangkan oleh Tuan Khurram Murad. Suka saya untuk berkongsi bab yang kelima yang amatlah penting (menurut fikiran saya) untuk bacaan umat Islam pada hari ini.

          Bab kelima bertajuk "Study and Understanding". Tuan Khurram menulis bahawa penting untuk kita memahami apa yang dibaca. Tilawah (bacaan) sahaja tanpa pemahaman (understanding) tidak cukup untuk meraih hikmah dan berkat yang maksima. Tuan Khurram menulis:


"You cannot gather the full and real blessings and treasures of the Quran, unless you devote yourself to understanding its meaning, unless you know what your Creator is saying to you"

Seterusnya Tuan Khurram menulis analogi yang sungguh bijak, dan mencuit iman di hati:


"Obviously an overwhelming majority of Muslims do not know Arabic, and many do not possess any translation in their language. But, if they read the Quran with sincere devotion, reverence and love, they should not fail to share some of its riches.For being in the company of the one you love, even if you do not know his language, certainly deepens your relationship with him. Yet, immensely greater will be the blessings and the relationship stronger if you also understand what he is saying."


Dan ketika membaca ini, saya tersenyum:

"It (Quran)has come to radically change you and lead you to a new life and existence. Understanding it is no sure guarantee of finding that new life, but without it the task of fulfilling the real purpose of the Quran and inviting mankind to it must remain extremely difficult"



***


          Hakikatnya al-Quran telah diturunkan dari langit dunia 1400 tahun yang dahulu untuk dibaca dan difahami. Sungguh, secara peribadi saya berasa kecewa dengan golongan Islam yang tidak berusaha memahami al-Quran. Bukankah al-Quran ini solusi yang perlu digunakan? Jika ayat-ayat dari Allah SWT ini sekadar dibaca sehingga berjerebeh air liur kemudian ditutup, diletak di rak, mana mungkin datangnya penghayatan? Jika tiada penghayatan, maka di mana roh semangat amal seharian seseorang Muslim itu? Lebih teruk bagi, al-Quran sekadar dijadikan hiasan di dinding-dinding bagi tujuan hiasan dalaman. Insyaallah, berkenaan isu tidak peduli dan tidak faham tentang al-Quran ini saya akan sambung di dalam entri yang lain. Berbalik kepada Way to The Quran.


         Setelah membaca buku ini saya semakin bersemangat membaca al-Quran, dan dapat menambah sebilangan perbendaharaan kata inggeris yang baru ke dalam tempurung kepala saya. Bahasa Inggerisnya memang saya rasakan sesuai dengan mereka yang ingin meluaskan lagi kosa kata  dan langgam bahasa Tuan Khurram yang seperti berbicara memberi keenakkan seperti mendengar cerita-cerita daripada datuk tercinta.



Esok barulah saya akan pulangkan buku ini ke perpustakaan...

-Marsaid Kardi